About

Semua manusia inginkan kebahagiaan. Ada yang mencari bahagia dengan mengejar pangkat serta harta dengan mengabaikan keluarga. Setelah mereka memiliki apa yang dikejar barulah ramai yang tersedar bahawa mereka telah tersilap erti sebenar bahagia.

Seperti kata-kata Simon T. Bailey; “I gave everyone the best of me, but I gave my family what was the left over of me. I have have the house, but I lost the home, I have success but I lost significance, I have power but no purpose and I have money but I have no meaning”

Mendengar kata-kata itu, pengasas website familybahagia.com  telah tersedar dari kehidupannya selama ini dan mula berazam untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Selain itu ia juga berharap untuk turut memberikan kesedaran kesedaran yang sama kepada ibu-bapa muda lain. Namun ini tidaklah bermakna untuk mengabaikan terus kerjaya malah turut menitikberatkan pengurusan kewangan dan kerjaya.

Familybahagia.com telah diasaskan oleh Ahmad Firdaus bersama isterinya; Nionella serta keluarga.
Semoga perkongsian-perkonsian di sini akan dapat membantu kita untuk hidup sepenuhnya.

 

Facebook Comments