Alhambra – Permata Andalusia

Kawasan di bawah pemerintahan al-Andalus pada tahun 750 Masihi.
Andalusia adalah sebuah kawasan di Sepanyol. Ia terdiri daripada beberapa buah provinsi iaitu Almería, Cádiz, Córdoba, Granada, Huelva, Jaén, Málaga dan Seville. Nama Andalusia adalah berasal daripada perkataan Arab ; “al-Andalus” (الأندلس) . Andalusia pernah pada waktu kegemilangan tamadun Islam menjadi pusat ilmu, seni & kebudayaan, perdagangan dan juga pernah menjadi bandar paling ramai dihuni pada suatu ketika dahulu. Banyak cendekiawan tersohor telah lahir di sini antaranya Ibn Rushd, al-Zahrawi, dan Ibn Bajjah. Ia kemudiannya juga menjadi pelabuhan untuk mengembaraan Christopher Columbus ke Dunia Baru. Jika anda berkesempatan untuk melawat/ mengembara ke Sepanyol, pastikan lawati juga Andalusia.
Alhambra – Granda
Alhambra adalah istana dan kubu pertahanan yang telah dibina pada pertengahan kurun ke 13 di Granada. Setelah kejatuhan pemerintahan Islam pada 1492, ia telah dijadikan Istana oleh pemerintah Sepanyol. Di sini lah juga Christopher Colombus diberikan tugas dan dana untuk mencari Dunia Baru. Senibinanya adalah sangat cantik dengan gabungan senibina berbagai tamadun. Dijangkakan 10,000 orang melawat Alhambra setiap hari.
Masjid-Gereja Cordoba
Bangunan ini pada asalnya sebagai sebuah masjid yang besar pada tahun 784. Ia kemudiannya telah diubahsuai menjadi sebuah gereja setelah kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia, namun senibina asalnya telah dikekalkan. Dianggarkan lebih sejuta orang datang melawat setiap tahun ke sini. Anda boleh baca lebih lanjut mengenainya di sini. Saksikan kehebatan senibina Masjid-Gereja ini.
Flamenco -Sevilla
Flamenco adalah sejenis tarian yang berasal dari Sevilla. Pada masa kini ia dikenali ramai sebagai simbol bukan sahaja kepada Andalusia, tetapi juga menjadi simbol kepada Sepanyol. Tarian ini kini menjadi sangat popular dan banyak diajar di kelas tarian di seluruh dunia.
Jadi jangan lupa terokai Andalusia jika anda berpeluang ke Sepanyol nanti.
Baca juga – “Bagaimana Beli Kebahagiaan”
Baca juga – “Jangan Lawati Paris Jika Anda Belum Baca Ini”
Jangan lupa “Like” laman Facebook untuk sentiasa mendapat info terbaru kami.
Facebook Comments