“Bacchus Ladies” – Fenomena Nenek-nenek Pelacur di Korea

Gambar dari Filem “Bacchus Lady” 2016
Apabila bercakap tentang Korea Selatan, pasti yang pertama terlintas di minda ramai adalah mengenai “K-Pop” dan “K-Drama”. Mungkin ada juga terbayang mengenai “Chaebol” iaitu syarikat-syarikat gergasi seperti Samsung, Hyundai dan Lotte yang telah memacu ekonomi Korea Selatan menjadi ekonomi ke-11 terbesar dunia. Semua ini dicapai dalam masa yang sangat singkat berbanding negara lain. Sesungguhnya, tidak ada negara yang sempurna. Jom kita selami sisi gelap kehidupan keluarga di sana.
Tua & Miskin
Di Korea Selatan, lebih separuh warga emas berumur 65 tahun ke atas hidup dalam kemiskinan. Ini adalah berdasarkan Kajian Ekonomi OECD yang boleh didapati di sini. Bagi golongan muda pula, kebanyakan mereka juga menghadapi tekanan untuk menanggung kehidupan sendiri dan tidak mampu untuk membantu orang tua mereka. Lebih kurang 1/4 warga emas tinggal sendirian. Dengan jangka hayat purata 80 tahun, banyak antara mereka terpaksa terus bekerja untuk menampung kehidupan. Sistem kebajikan sosial dan pencen di Korea yang tidak memberikan perhatian terhadap warga emas, memburukkan lagi keadaan ini.

Warga Emas Miskin di Seluruh Dunia
“Bacchus Ladies”
“Bacchus Ladies” (Hangul: 박카스 할머니; RR: bagkaseu halmeoni) adalah merujuk kepada golongan nenek-nenek yang terpaksa menjadi pelacur untuk meneruskan hidup. Mereka ini kebanyakannya terdiri dari golongan berumur 50-80 tahun. Nama “Bacchus” adalah kerana mereka pada asalnya menjual minuman tenaga seperti jenama “Bacchus” di taman awam. Dianggarkan terdapat sekitar 400 orang “Bacchus Ladies” di Taman Jongmyo, Seoul. Bayaran yang dikenakan pula adalah 20,000-30,000 won ( RM 70- 100 ). “Bacchus Ladies” ini juga melakukan suntikan untuk membantu ereksi pelanggan-pelanggan mereka, tetapi jarum-jarum ini kebanyakannya diguna semula antara 10-20 kali. Hal ini menyebabkan tersebarnya epidemik penyakit kelamin di kalangan warga emas. Dianggarkan 40% antara mereka menghidap penyakit-penyakit ini.
I’m hungry, I don’t need respect, I don’t need honour, I just want three meals a day
Bunuh Diri
Kadar bunuh diri di Korea Selatan adalah ke-10 tertinggi di dunia. Ini adalah disebabkan kadar bunuh diri yang sangat tinggi di kalangan warga emas. Beberapa faktor ramai warga emas memilih untuk membunuh diri adalah kerana tidak mahu menyusahkan keluarga, tekanan perasaan ataupun menjaga maruah.

Bunuh Diri Mengikut Umur dan Negara
Baca – “Kodokushi”- Fenomena Mati Keseorangan Di Jepun”
Baca – “5 Penyesalan Yang Akan Menghantui Seumur Hidup”
Jadi, apakah pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini? Bersediakah kita untuk menghadapi hari tua nanti? Adakah kita akan menghadapi situasi yang sama nanti?
Jangan lupa “Like” laman Facebook untuk sentiasa mendapat info terbaru kami.
Saksikan juga video pendek tentang “Bacchus Ladies” ini.
Facebook Comments