Bagaimana Beli Kebahagiaan
Mesti ramai yang pernah dengar ungkapan, “Wang tidak boleh membeli kebahagiaan”. Percaya atau tidak jika saya mengatakan bahawa sebenarnya wang boleh membeli kebahagiaan. Jadi, macam mana caranya untuk kita gunakan wang untuk membeli kebahagiaan?
Duit bukanlah segala-galanya, namun segala-galanya perlukan duit
Beli Pengalaman
Banyak kajian seperti di sini yang telah membandingkan antara membeli barangan dengan membeli pengalaman, kedua-duanya boleh memberikan perasaan bahagia, namun perasaan bahagia selepas membeli barangan baru seperti pakaian, telefon, kereta dan gajet sebenarnya cepat hilang. Ini berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan wang kita untuk membeli pengalaman seperti pergi mengembara, menghadiri konsert, orkestra, menaiki belon udara panas, perasaan bahagia lebih bertahan lama. Malahan, perasaan bahagia ini boleh dirasai semula dengan menonton semula gambar atau video ketika aktiviti itu dilakukan.
Beli Kesihatan
Kesihatan bukanlah boleh dibeli begitu sahaja. Maksud membeli kesihatan adalah dengan membelanjakan wang untuk aktiviti yang boleh menyihatkan seperti membeli basikal, mendaftar gym dan juga membeli makanan yang segar dan sihat. Tidak dinafikan pada zaman sekarang kebanyakan makanan yang segar dan menyihatkan adalah lebih mahal daripada makanan segera. Ramai orang apabila sudah jatuh sakit, sanggup menghabiskan wang yang sangat banyak untuk kembali sihat dengan membeli berbagai “supplement” dan peralatan yang tidak masuk akal harganya. Anda juga bleh menjalani saringan kesihatan secara berkala sama ada di fasiliti kesihatan kerjaan ataupun berbayar. Ingat, mantra kesihatan
Cegah lebih baik dari rawat
Beli Masa
Benjamin Franklin pernah berkata ” Masa adalah Emas”. Namun, sesungguhnya masa adalah suatu entiti yang langsung tidak boleh dibandingkan dengan emas. Masa jika sudah digunakan tidak dapat digantikan semula, berbeza dengan wang dan emas yang sentiasa boleh digantikan sekiranya telah dibelanjakan. Duit tidak boleh membeli cinta, namun ia boleh membeli masa untuk diluangkan bersama orang dicintai. Jadi, jika anda perlu memilih sama ada untuk mengecat sendiri rumah anda atau mengupah orang lain untuk mengecatnya supaya anda boleh bersama keluarga, mana yang akan anda pilih?
Berbelanja
Kajian juga telah mendapati berbelanja secara prososial iaitu seperti membelanja makan keluarga, rakan sekerja atau derma untuk tujuan kebajikan turut dapat mendatangkan kebahagiaan. Namun ia mestilah dilakukan dengan ikhlas dan bukanlah kerana terpaksa. Pernahkah anda rasa perasaan apabila anda membelikan mainan ataupun membawa anak-anak keluar makan? Itu adalah antara kebahagiaan yang sukar dicari. Seperti kata-kata di bawah
Without my children, my house would be clean. My wallet would be full. My life would be less chaotic. But my heart would be empty
Saksikan juga video pendek berkenaan “How to buy Happiness”
Apa pengajaran kisah ini untuk kebahagiaan keluarga kita? Dan jangan lupa “Like” laman kami di Facebook untuk sentiasa mendapat info terbaru kami
Anda boleh ikuti kempen #Actnow di sini
Facebook Comments