Mendidik Anak-anak untuk Revolusi Industri ke-4
Ingin mendidik dan menyediakan anak-anak untuk menghadapi masa depan? Jika dulu, cara yang paling mudah untuk menjamin peluang pekerjaan dan kehidupan yang baik adalah dengan mendapatkan kelulusan akademik. Tetapi, pada masa kini ,ramai juga yang masih menganggur meskipun memiliki kelayakan akademik peringkat PhD. Perkembangan teknologi yang sangat pantas pastinya akan menjadikan setiap aspek kehidupan mereka jauh berbeza dari kehidupan kita sekarang. Ada yang mengatakan kita sekarang berada pada permulaan era baru. Klaus Schwab, pengasas “World Economic Forum” menamakan era ini sebagai “Revolusi Industri Ke-4” seperti di sini. Tidak boleh dinafikan lagi di masa akan datang banyak peluang pekerjaan akan pupus dan akan digantikan dengan komputer, “Aritificial Intelligence” dan juga robot. Namun, pada masa yang sama, banyak pekerjaan baru akan dicipta. Tiada siapa yang pasti apa jenis pekerjaan yang akan wujud nanti dan apa kelayakan yang akan diperlukan, tetapi sebagai ibu bapa kita boleh memberikan “head start” kepada anak-anak dengan mendidik mereka dengan kemahiran-kemahiran tertentu. Jadi, apa kemahiran yang patut dididik untuk masa depan nanti? Mengikut “World Economic Forum” membiarkan anak-anak bermain akan mengajar mereka kemahiran-kemahiran ini.

Kebarangkalian Pekerjaan yang akan digantikan oleh komputer
Kemahiran Berkomunikasi Secara Berkesan
Asas kepada kemahiran berkomunikasi adalah 3M ; Membaca, Menulis dan Mengira. Kemahiran asas ini akan membolehkan mereka untuk berkomunikasi secara lisan atau bertulis secara berkesan. Ia bukanlah bermaksud kemahiran menggunakan tatabahasa yang betul , tetapi juga bermaksud mampu untuk menyampaikan sesuatu secara jelas dan sopan serta mampu untuk mempengaruhi orang lain dengan komunikasi mereka. 3M ini juga akan membolehkan anak-anak menguasai STEM (“Science, Technology, Engineering & Mathematics”).
If you have great ideas but you can’t communicate them, then you’re lost
Boleh Bekerjasama, Kemahiran Bersosial serta Kerja Berpasukan
Sistem pendidikan sekarang kebanyakannya menggalakkan persaingan di kalangan murid. Sebagai contohnya sistem peperiksaan yang memerlukan murid untuk menjawab dan menyelesaikan masalah secara perseorangan. Namun, dalam dunia sebenar, boleh dikatakan semua pekerjaan memerlukan kemahiran bersosial dan kerjasama. Kemahiran bekerjasama ini sebenarnya banyak diterapkan ketika kanak-kanak bermain terutamanya secara berpasukan.
If you want to go quickly, go alone. If you want to go far, go together
Kemahiran Memimpin
Untuk menjadi seseorang pemimpin, bukanlah semudah menjadi seorang boss yang hanya tahu mengarah. Untuk memimpin pastinya memerlukan kemahiran berkomunikasi, bersosial serta kerja berpasukan.

Boss vs Leader
Adaptasi
Mengikut Klaus Schwab, Revolusi Industri Ke-4 adalah revolusi yang sangat laju berbanding revolusi lain sebelum ini. Untuk berjaya di era ini, anak-anak perlu mampu untuk mengadaptasi mengikut keperluan dan perkembangan semasa. Sesiapa yang lambat untuk beradaptasi pastinya akan ketinggalan.
Berinisiatif & Berani Mencuba
Ia sebenarnya lebih baik untuk mencuba 100 kali dan berjaya 10 kali daripada mencuba 1 kali dan terus berjaya. Seperti kata-kata Thomas Edison yang hanya berjaya mencipta mentol elektrik setelah mencuba lebih 10,000 kali
I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that wont work.
Kemahiran Mencapai & Memilih Maklumat
Sebenarnya pada zaman ini untuk mencari sesuatu maklumat bukanlah sesuatu yang sukar, namun yang lebih penting adalah kemahiran untuk menapis dan memilih maklumat yang sahih serta releven.
Imaginasi, Kreativiti & Perasaan Ingin Tahu
Seorang kanak-kanak berumur 4 tahun secara purata bertanya 100 soalan setiap hari. Namun, apabila berumur 10 tahun, mereka rata-ratanya lebih memikirkan jawapan yang betul di sekolah berbanding bertanya soalan yang betul. Imaginasi, perasaan ingin tahu dan kreativiti adalah saling berkait antara satu sama lain.
A correct question is already half the answer.

Bermain “Superhero” mengasah imaginasi dan kemahiran memimpin
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran ini boleh dikatakan adalah hasil apabila mereka sudah memiliki kemahiran lain. Apabila berhadapan dengan masalah, mereka akan secara semula jadi akan menggunakan semua kemahiran di atas untuk menyelesaikannya.
Jadi, apa pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah ini? Adakah kita sebagai ibu bapa ada mempunyai kemahiran-kemahiran ini untuk diajarkan kepada anak-anak kita?
Baca juga – “Bagaimana Beli Kebahagiaan”
Baca juga – “Bagaimana Beli Kebahagiaan”
Apa lagi ilmu/ kemahiran yang patut kita sediakan kepada generasi muda kita ?
Jangan lupa “Like” laman Facebook untuk sentiasa mendapat info terbaru kami.
Saksikan juga video pendek oleh World Economic Forum tentang apa kesan bermain kepada anak-anak
Facebook Comments