Rawatan Ulat, Lintah, Lebah & Kisah Nabi Ayub
Baru-baru ini sensasi mengenai kejayaan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia yang telah dianugerahkan anugerah berprestij “Dr LEE Jong-wook Memorial Prize for Public Health” oleh World Health Organization. Ia adalah berdasarkan kajian “Maggot Debridement Therapy” yang merupakan rawatan menggunakan ulat untuk penyakit kudis kronik seperti kudis kencing manis. Ulat-ulat ini diibaratkan seperti pakar bedah yang mampu membedah kudis ini secara mikro, seterusnya mengurangkan risiko komplikasi seperti amputasi kaki.
Bagi penganut agama Islam sedar atu tidak sebenarnya kisah Nabi Ayub yang diceritakan di dalam Al-Quran, turut bercerita tentang penyakit kudis dan ulat. Bagi yang beragama Kristian juga, kisah yang sama juga diceritakan di dalam Book of Job.
Nabi Ayub AS ialah salah seorang 25 Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam, juga baginda merupakan salah seorang dari Nabi-Nabi Bani Israel. Baginda telah dipuji dengan berbagai sifat yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus. Allah telah mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya. Nabi Ayub diuji dengan penyakit kronik menyebabkan tubuhnya berkudis dan dimakan oleh ulat sehingga dikatakan hanya tinggal lidah dan hatinya sahaja yang masih baik. Setiap ada ulat yang jatuh dari tubuhnya, Nabi Ayyub memungutnya kembali dan meletakkannya kembali ke luka-luka di tubuhnya dan berkata,
Hai Ulat-ulat… Makanlah apa-apa yang Allah rezekikan kepadamu.
Nabi Ayub AS kemudiannya merasa susah hati kalau hati dan lidahnya dimakan ulat kerana dengan lidahlah dia berzikir dan dengan hati dia mengingati Allah. Kalau kedua-duanya dimakan ulat,maka dia tidak dapat lagi berbuat demikian kepada Allah. Kemudian Allah menjatuhkan dua ekor ulat itu daripada badannya .Seekor jatuh ke dalam air dan dijadikan lintah yang boleh digunakan sebagai ubat bagi orang-orang yang sakit,manakala seekor lagi jatuh ke daratan dan menjadi lebah yang boleh mengeluarkan madu yang mengandungi ubat bagi manusia.
Berkenaan kebaikan penggunaan madu, mungkin ramai yang sudah tahu. Namun mungkin tidak berapa ramai yang tahu, lintah juga sebenarnya banyak kegunaan kesihatan. Rawatan menggunakan lintah dikenali sebagai “Hirudotherapy”, yang anda boleh rujuk di sini. Antara kegunaan yang paling meluas di dalam perubatan moden adalah
- Rawatan tambahan selepas pembedahan plastik, maksilofasial dan “Ear, Nose & Throat”
- Rawatan tambahan kanser
- Rawatan tambahan kencing manis.
- Rawatan kecantikan
- Rawatan rambut botak
- Melegakan kesakitan dan keradangan sendi
- Asma
Saksikan video pendek berkenaan rawatan lintah.
Apa pengajaran kisah ini untuk kebahagiaan keluarga kita? Dan jangan lupa “Like” laman kami di Facebook untuk sentiasa mendapat info terbaru kami
Facebook Comments